Monday, February 2, 2009

penawar kepenatan...

Penawar Kepenatan, amalkan...
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja,
bolehlah
jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih
baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua..

1 comment:

Hadi said...

pahnih masuk blog kiter plak ek?