Monday, November 24, 2008

kisah sepasang suami isteri..


Alkisah tersebut ...
Ada sepasang suami isteri tinggal di sebuah Pekan.
Suami mempunyai penyakit TB (takut Bini) mengesyaki sang isteri menpunyai masalah pendengaran.
Sering Kali sang isteri No respon bila dia bertanya.......

Memandangkan Si Suami takut untuk memujuk isteri untuk berjumpa doktor,
Si Suami mengambil keputusan berjumpa dengan Doktor keluarga mereka untuk mendapat nasihat.
Doktor menyarankan si suami mendapat tahu dengan lebih lanjut tahap kurang pendengaran Si Isteri untuk memberi keadaan rawatan.

Doktor menyuruh si Suami bercakap membelakangi isteri dari jarak 40 kaki sekiranya tidak mendengar tukar pada jarak 30 kaki dan seterusnya sehingga hampir kepada kepada isteri untuk menentukan tahap pendengaran isteri

Sampai saja dirumah si suami terus bertanya kepada isteri pada jarak 40 kaki "Yang ... Yang masak apa ?. melihat isteri No respon Si Suami terus kepada jarak 30 kaki, 20 kaki, 10 kaki masih tiada respon. Akhirnya Si Suami betul betul dibelakang isteri dan bertanya " Yang... Yang masak apa?....

Si Isteri menjerit........
" DAH LIMA KALI AKU CAKAP MASAK LEMAK !!!!!!!! PEKAK APE ??


Moral of the Story
.....

Se suatu masalah atau kesalahan itu maybe bukan dekat orang lain, tetapi Masalah itu mungkin atau datang dari KITA. Sejauh mana kita pergi, Tengok diri kita dahulu..

Friday, October 24, 2008

PESANAN BUAT HATI...

pesan pada hati...
sekiranya kau peroleh kejayaan...
janganlah kau berbangga diri...
kerana kejayaan itu pinjaman ALLAH...
dan bila-bila masa sahaja...
ALLAH boleh tarik kembali...

pesan juga pada hati...
sekiranya kau menghadapi kegagalan...
usah bersedih hati...
kerana kegagalan itu...
merupakan satu bentuk ujian ALLAH...
untuk menguji sejauh mana ketabahan dikau...
dalam menghadapinya...
dan kemudian bangkit darinya...

Sunday, October 12, 2008

ADAKAH CINTA MEMPUNYAI SEBAB..??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah.

Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka...


Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,
namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya
tetapi abang boleh buktikan
bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti!
Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi!
Kenapa abang tidak boleh terangkan sebabnya??


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik,
mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah,
di situlah cinta Abang bersama Sayang!


"Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari
si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat
kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu terhadapku,
aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..

Jika cinta memerlukan SEBAB seperti sekarang,
maka aku tidak lagi mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak.

Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya
dan cinta tidak perlu ada sebab
kerana kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang.
Namun begitu...
ia boleh dirasai dalam HATI"
kadang-kadang cinta itu sukar diterjemahkan...
ianya terlalu abstrak.
terpulang pada individu untuk menilainya..
yang pastinya..

hanya cinta padaNya yang KEKAL ABADI..

SUSAH DAN SENANG...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge,
minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap² silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².

Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk² tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,
manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap² kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih.
Carik peguam tuh, carik peguam nih.
Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.
Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. Hehe...
Dahla hidup kena laknat, siap booking name sendiri kat malaikat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.
Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitab.
Selain tuh, hidup pun diberkati.
Malaikat Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.
InsyaAllah...

Renung-renungkanlah...
Wallahu a'lam...

Friday, October 10, 2008

CINTAI AKU

Sanggupkahku bertahan...
tanpamu disampingku...
setelah kau memutuskan kita berpisah...
serasa seumur hidupku selalu denganmu...

haruskahku relakan...
haruskahku berjalan...
tak terbayang wajahmu selalu dianganku...
kerana cinta yang dulu pernah kau beri...
takkan kulupa untuk selamanya...

cintai dan sakiti hati aku...
kalau itu dapat membawamu...
kembali ke pelukkanku lagi...
aku rela memberi segalanya untukmu...

malam yang dingin ini membuatku menagis...
kulihat gambar kita yang dulu bahagia...
kemana perginya masa indah itu...
tuhan tolong kembalikan kisahku...

Monday, October 6, 2008

lamanye tak menjenguk...


sudah lama ku tinggalkan hobi ku ini..
bukan kerana aku melupakan..
tapi kerana rutin harian ku yang semakin padat..
kini..
aku kembali untuk menyerikan ia kembali..
sebagai tatapan sahabat dan teman-teman..
di kesempatan ini..
ingin aku memohon kemaafan..
andai ada salah dan silap..
*SALAM AIDILFITRI*

adakah ini suatu dugaan hidup..??

sedih...
seringkali bermain di hati ini...
datangnya tatkala hati dilukai...
tak terdaya hati ini menolak...
lalu titisan jernih...

wujud tanpa di minta...
hati pula...
mengapa kau mudah tersentuh...??
tatkala mendengar bicara insan tersayang...
yang mengguris perasaan...
dan kau sabar !!!
hadirlah menjadi pengubat...
hati yang dalam kesedihan...
untuk mengharungi sebuah ranjau kehidupan...

Saturday, February 9, 2008

kisah masjid dhirar

KISAH MASJID DHIRAR
Firman Allah;
والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون
Maksudnya;
“Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (surah at-taubah : 107)
Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib
[1]
Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat tersebut dengan mengadakan usaha kerjasama bersama kaum munafiq Madinah dari suku Aus dan Khazraj.
Baginda s.a.w menyedari akan perancangan Abu Amir Ar-Rahib dan orang-orang munafiq itu, lalu Rasulullah s.a.w hendak menjatuhkan hukuman terhadapnya, tetapi dia telah lari dari Madinah ke Mekkah dan kemudiannya ke Taif dan kemudiannya ke Syiria.
Dari Syiria, dia telah mengatur perancangan untuk membinasakan usaha dakwah Rasulullah itu dengan menulis surat kepada golongan munafiq di Madinah, yang menyuruh supaya orang Munafiq membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan untuk merosakan usaha dakwah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.
Mengikut satu riwayat, Abu Amir Ar-Rahib menyuruh golongan munafiq membina masjid sebelum dia keluar dari Madinah dengan katanya kepada mereka : “binalah masjid kamu dan bersedialah kamu dengan kemampuan kamu dari kekuatan dan senjata, maka sesungguhnya aku akan pergi berjumpa dengan Qaisar Raja Rom, dan aku akan membawa tentera dari Rom dan aku akan mengeluarkan (menghambat) Muhammad dan sahabat-sahabatnya dari Madinah”.
[2]
Seperti musuh-musuh islam yang lain, Abu Amir Ar-rahib menyedari bahawa untuk sesuatu Negara yang di dalamnya agama yang benar dan mantap, cara terbaik untuk menghancurkannya adalah dengan menggunakan agama itu sendiri. Dengan mempergunakan Islam, mereka dapat merasuk dan mempengaruhi umat Islam supaya terpedaya dengan tipu daya mereka.
Lalu golongan munafiq telah membina masjid tersebut disebelah rumah seorang munafiq yang bernama Khuzzam bin Khalid
Berkata Ibnu Ishaq : orang-orang munafiq yang membina masjid tersebut adalah dua belas orang, mereka adalah Khuzzam bin Khalid, Tha’labah bin Hatib, Mu’tab bin Qasyir, Abu Habibah bin Asaa’r, Ubbad bin Hanif, Akhu Sahl bin Hanif, Jariyah bin ‘Amir, dua anak Jariyah iaitu Majmak dan Zaid, Nabtal bin al-Harith, Bajad bin Othman (keturunan Bani Dhobi’ah) dan Wadi’ah bin Thabit.
[3]
Ketika Rasulullah s.a.w hendak ke Tabuk, beberapa orang munafiq telah datang berjumpa dengan Baginda s.a.w dan berkata:
“Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.
Tujuan mereka minta Rasulullah s.a.w menunaikan solat dan berdoa dalam masjid itu adalah untuk mereka boleh berhujjah mengatakan bahawa masjid itu telah di akui oleh Rasulullah s.a.w sendiri.
Lalu berkata Rasulullah s.a.w kepada mereka : “sesungguhnya aku hendak bermusafir. Sekiranya kami pulang nanti, Insya Allah, kami akan datangi kamu dan kami solat di dalamnya (masjid)”
Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari Tabuk, turun ayat 107 surah at-taubah di suatu tempat yang bernama Zu Awan (sebuah tempat sejam dari Madinah). Lalu menyuruh Rasulullah s.a.w akan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;
انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدمواه و أحرقواه
Maksudnya;
“Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”
Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.
[4]
MORAL DARI KISAH MASJID DHIRAR
Muhammad Ali Bin Muhammad As-Syaukani berkata di dalam kitabnya “fathu al-qadir”;
Sesungguhnya Allah mengkhabarkan, golongan munafiq membina masjid dhirar dengan empat tujuan. Ianya adalah seperti berikut;
(a) Memberi Mudharat kepada orang lain.
(b) Menguatkan golongan munafiq.
(c) Memecah belahkan umat Islam.
(d) Menyediakan persiapan untuk melawan Allah dan Rasul-Nya.
[5]

Tuesday, January 8, 2008

4 GOLONGAN LELAKI KE NERAKA...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki
yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan
tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah
tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji dan sebagainya
Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat.
Tidak cukup kalau dgn hanya memberikemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah,
bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?.
Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..
menutup aurat?..pengetahuan agama?..
Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul! bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan utk suami
tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram.
Apabila suami mendiam diri
walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
suaminya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami,
bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?.
Dimanakah dia?..Bagaimana akhlaknya?
Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at,
maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya
di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya
dan saudara lelakinya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja
dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,
tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan,
jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak...
jika membiarkan adik mu bergelumang dgn maksiat...
dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam.
bila ibu membuat kemungkaran mengumpat,
memfitnah, mengata dan sebagainya...
maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki....
sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa....
krn ibu juga insan biasa....
x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....
jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)